Search This Blog

Thursday, September 12, 2019

Lawatan ke Showroom Unit Kondominium Puncak Gloxinia Type C1

Model showroom dalam gambar-gambar dibawah ini adalah untuk unit C1 dan E. Keluasan unit-unit adalah,

Unit E - 925 sq ft
Unit C1 - 1000 sq ft
Unit D - 1100 sq ft

Dalam gambar Living Room, ada satu garisan hitam yang menunjukkan sempadan keluasan unit E.  Puncak Gloxinia adalah kondo dengan harga yang mampu dimiliki oleh hampir setiap orang sama ada bekerja atau pun berniaga. 

Ketika melawat showroom unit, admin berasa gembira melihat floor layout yang cukup mengkagumkan pembelinya kerana rumah ini berkonsepkan desain simpel, menyenangkan dan praktikal. Dinding dapur hanya ditutup setengah dengan bata dan konkrit. Ini tidak menjadi masalah kerana pembeli mempunyai kebebasan untuk sepenuhnya menutup dinding dapur, membuat jendela kaca atau memasang grill pada bukaan dinding itu. 

Puncak Gloxinia Type C1 Living Room

Puncak Gloxinia Type C1 Kitchen

Puncak Gloxinia Type C1 Bedroom

Puncak Gloxinia Type C1 Master Bedroom

Puncak Gloxinia Type C1 Bedroom1

Puncak Gloxinia Type C1 Bedroom2

Gambar-gambar showroon unit C1 ini menunjukkan dinding unit masih kosong dan perabut juga hanya menunjukkan yang asas sahaja. Unit diatas lebih kepada menggunakan warna putih pada dinding dan lantainya. Bagaimana jika kita hias unit seperti kita seorang interior designer?


Ini dia hasilnya. Sangat cantik bukan! 

No comments:

Post a Comment