|
Puncak Gloxinia Condo Unit |
Puncak Gloxinia adalah perumahan kondominium yang mampu dimiliki oleh para penjawat awam kerana harganya yang rendah. Dalam setiap tingkat, ada 12 unit dan unit-unit ini terdiri dari tiga jenis keluasan.
Type E - 925 sq ft - Harga RM199,985 atau RM209,985 (bergantung pada No. Lot)
Type C1 - 1000 sq ft - Harga RM227,000 atau RM237,000 (bergantung pada No. Lot)
Type D - 1100 sq ft - Harga RM259,975
Penjawat awam yang membeli rumah di PG ini tidak perlu membayar deposit rumah kerana mereka boleh memohon pinjaman 100% dari kerajaan. Kadar bunga atas pinjaman dari kerajaan ini biasanya adalah 4%. Jika diandaikan tempoh bayaran adalah 30 tahun, kadar bunga tetap pada 4% setahun, bayaran bulanan untuk setiap jenis unit adalah seperti berikut:
Type E - RM955 atau RM1,002 sebulan
Type C1 - RM1,084 atau RM1,131 sebulan
Type D - RM1,241 sebulan
Harga di atas adalah anggaran sahaja kerana jadual pembayaran berdasarkan umur dan jantina pemohon penjawat awam disediakan dalam Skim PPAM ini. Sila lihat
Jadual Bayaran Pinjaman LPPSA ini.
Pemaju kondominium PG kini membuka penjualan unit-unit kondo ini kepada umum. Sesiapa sahaja yang mampu membeli kondo ini walaupun bukan penjawat awam, kini berpeluang untuk memilikinya. Harga jual untuk penjawat swasta adalah berbeza dengan yang diperuntukkan kepada penjawat awam. Harga seperti dibawah:
Harga PROMOSI unit kondo untuk pekerja-pekerja swasta:
Type E - RM273,000 (Harga sebelum promosi ialah RM310,000. Diskaun sehingga RM37,000)
Type C1 - RM290,000 (Harga sebelum promosi ialah RM330,000. Diskaun sehingga RM40,000)
Type D - RM330,000 (Harga sebelum promosi ialah RM370,000. Diskaun sebanyak RM40,000)
Penjawat swasta perlu membayar RM500 booking fee kepada pemaju apabila menempah unit. Biasanya bank hanya memberi pinjaman 90% daripada harga jualan rumah. Penjawat swasta perlu menyediakan bayaran 10% kepada pemaju. Bayaran bulanan pinjaman bank jika kadar bunga adalah 4.6% dengan tempoh pembayaran selama 30 tahun ialah;
Type E - RM1,260 sebulan
Type C1 - RM1,338 sebulan
Type D - RM1,523 sebulan